Wednesday, November 16, 2011

Tak Baik Bertunang LAma-Lama...

salam pada semua pembaca blog fie...
arini fie terbaca kat satu entry...kat satu blog ni...
fie suke follow entry kat blog ni...korg nk tgok....
salah satu entry yg menarik minat fie untuk share dgn korg semua...


Kali ni kita akan bercerita tentang adat dan kepercayaan bangsa Melayu mengenai perkahwinan dan perhubungan. Antara isu yang sering dipertengahkan adalah pertunangan. Mesti korang pernah dengar ada orang sebut:- “ Eh, jangan bertunang lama lama, darah tengah panas, bahaya! ” Selalu dengar kan? Tipu la kalau tak pernah dengar.
Hehe, kita patut percaya pada siapa? Kata orang atau ketentuan Allah? Memang benar, perkahwinan patut dilangsungkan dengan secepat mungkin tapi keadaan setiap pasangan adalah berbeza beza. Kita tak boleh bandingkan pasangan yang berada dengan pasangan yang kurang berkemampuan. Sudah semestinya mereka memerlukan wang sebelum dapat melangsungkan perkahwinan. Tapi apa yang ingin kita bincang di sini adalah kepercayaan kolot orang Melayu tentang usia pertunangan.
Sebenarnya walaupun kita telah berkahwin, tiada jaminan hubungan kita itu akan kekal. Jadi kenapa sesetengah orang mengganggap bila sudah berkahwin, semua masalah akan selesai? Di dalam alam perkahwinan lah yang lagi banyak dugaan kita kena tempuh. Tak kira di masa kita bercinta, bertunang atau berkahwin sekalipun, tetap ada dugaan yang kita kena tempuh. Kalau kita percaya masa bertunang ni ada banyak masalah, maka ia adalah masalah kita sendiri.
Jangan jadikan kes orang putus tunang sebagai bukti yang alam pertunangan ni bahaya. Semua tahap cinta pun bahaya kalau kita tak pandai nak kawal keadaan, betul tak? Apa yang penting sebenarnya adalah kesanggupan kedua dua pihak dalam menahan pelbagai dugaan dan cabaran. Barulah sesebuah perhubungan itu akan kekal.

Ada banyak lagi mitos dan kepercayaan pelik pelik orang Melayu dulu dulu dalam hal perkahwinan ni. Sedangkan ia tiada sangkut paut pun dengan kepercayaan Islam. Tengok saja lah bila majlis perkahwinan mahu di adakan. Macam macam adat kena ikut. Kalau tak ikut, nanti bimbang apa orang kata dan takut perkahwinan itu akan ada masalah. Kalau adat yang kecil boleh la kita ikut tapi kalau yang menyusahkan?
Perkahwinan sepatutnya jadi perkara terindah dalam hidup kita. Jika awal awal sudah berhutang sana sini, apa akan jadi pada masa depan perkahwinan itu kelak? Dalam majlis perkahwinan juga begitu, buatlah ikut kemampuan. Tak usah malu jika majlis perkahwinan korang tak gah macam orang lain. Apa yang penting korang, family dan pasangan bahagia dan sangat gembira pada majlis itu sudah cukup. Kenapa kita perlu memandang pada padangan orang lain sedangkan yang patut rasa gembira adalah diri sendiri?
Zaman sekarang ni penuh dengan kebendaan sahaja. Sana sini perlukan duit. Kalau kita tak pandai kawal, kita akan jadi hamba kepada duit. Nak tau macam mana? Ia adalah bila kita mahu semua perkara sebiji macam orang lain. Contoh, jika kita buat majlis, kita mesti jemput satu kampung, kalau tak nanti orang akan mengata. Hehe, ini contoh saja, tak semua macam tu. Kalau orang bandar pula, biasanya akan buat majlis di hotel hotel. Bajetnya sudah tentu tinggi.
Apa yang boleh kita buat supaya majlis pertunangan/perkahwinan tidak jadi satu beban buat kita?

Jangan dengar kata orang
“Eh, kau tahu tak, hantaran si Minah tu RM20,000 tau! Hantaran kau berapa?”
Soalan soalan macam ni adalah soalan membunuh. Terutamanya jika orang yang bertanya itu adalah rakan rakan yang kepoh dengan hal dalam kain orang lain. Tapi ia juga terpulang pada si pengantin dalam menentukan tindakannya. Jika dia terpengaruh dengan cakap cakap orang, maka bermasalah lah dia. Tapi jika si pengantin ambil sikap buat tak tau, masalah hantaran tu takkan jadi masalah lagi. Kan?
Hantaran kita, biar kita yang tentukan, jangan ikut kata kata orang lain. Berapa pun bakal suami beri, itu adalah hadiah. Mahukah korang semai sikap tak ikhlas member hadiah di awal awal perkahwinan lagi? Ingatlah, perkahwinan yang paling berkat adalah yang mas kahwinnya sedikit. Yang penting, fikir adakah korang mampu untuk melaksanakan tanggungjawab di alam perkahwinan tu nanti, jangan fikir soal kebendaan je. J



Rancang budget betul betul
Masa rancang bajet ni kan, kita cuba tolak mana mana barang yang tak berapa penting. Contohnya, perlu ke nak upah photographer dan buat photoshoot sambil tukar tukar set baju? Kalau mampu tak apa, tapi kos upah photographer ni sangat tinggi tau. Memanglah kita seharusnya ambil gambar semasa majlis perkahwinan tu, tapi cubalah usaha untuk berjimat. Cari kawan kawan yang pandai tangkap gambar dan minta pertolongannya. Elakkan bazir duit untuk sesuatu yang tidak berapa penting.

Buat secara sederhana
Jangan sesekali berniat buat majlis untuk menunjuk pada orang lain. Benar, siapa yang tak inginkan majlis yang gah dan gemilang kan? Tapi ukur lah baju di badan sendiri. Kalau tak mampu janganlah berangankan yang lebih. Ada sesetangah pasangan cut cost dengan tidak mengambil kira soal hiasan bilik tidur pengantin. Cukup dengan hias cantik cantik tanpa perlu beli barang mahal. Terpulang pada korang apa yang nak cut cost kan. Biar majlis kita meriah dengan kegembiraan keluarga dan sanak saudara, jangan meriah kerana brandednya barang barang perkahwinan, tapi akhir nanti ternganga fikir macam mana nak bayar hutang hutang semua. Hehe.

Kitalah yang menentukan apa yang kita nak jadi. Kalau hidup ikut cakap orang je, sampai bila bila lah kita takkan senang dan gembira. Hiraukan kata kata orang tentang majlis perkahwinan korang. Yang penting korang gembira, pasangan gembira, majlis berkat dan perkahwinan bahagia.

" ha,sape2 yg dah bertunang tu congrates yer...tp hati2...org tua-tua pun ader kate bertunang xelok lame2...ia pesanan untuk semua org termasuklah fie....insya'ALLAh,lau die jdoh kite xkemane kan??hik3...^^ "

kredit to : HADI GM ^^

No comments: